subhannaallah wabihamdih

subhannaallah wabihamdih

membahas tentang agama islam.sunah rosulullah s.a.w, hidup & kehidupan
 
IndeksportalCalendarFAQPencarianAnggotaPendaftaranLogin
Pencarian
 
Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
bismillahirohmanirohim
--

border="0"

border="0"

border="0"

like/ twitter/+1
Login
Username:
Password:
Login otomatis: 
:: Lupa password?
Latest topics
» الشيخ محمد العريفي - ضع بصمتك في الخمور 1 - 7
Mon Dec 12, 2011 12:55 pm by indofal

» ceramah syeh afeefuddin
Thu Dec 08, 2011 11:57 am by indofal

» wafat gusdur mantan presiden RI
Mon Dec 05, 2011 11:00 am by indofal

» kumpulan bayi-bayi lucu
Mon Dec 05, 2011 10:53 am by indofal

» Islam sebagai Landasan Politik Melayu
Wed Nov 30, 2011 1:56 pm by indofal

» Lumpur Lapindo dan Dongeng Timun Emas
Wed Nov 30, 2011 1:51 pm by indofal

» Dahsyatnya Pengaruh Dongeng
Wed Nov 30, 2011 1:48 pm by indofal

» Bau Nyale, Teladan Berkorban Pemimpin
Wed Nov 30, 2011 1:45 pm by indofal

» Sumbangan Bahasa Melayu Riau Kepada Bahasa Indonesia
Wed Nov 30, 2011 1:41 pm by indofal

Top posters
indofal
 
barkah
 
Mujahid R. Faezan
 
lestarie
 
NurFirman
 
reva_rn
 
Share | 
 
 Bekam - Hijamah

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Mujahid R. Faezan
anggota perak
anggota perak

Jumlah posting : 12
field name : 0
Join date : 15.01.11
Age : 41
Lokasi : lubuk linggau (sumatra selatan)

PostSubyek: Bekam - Hijamah   Mon Jan 17, 2011 3:50 pm

Bekam - Hijamah
Islam adalah ajaran yang lengkap lagi komprehensif. Konsep kesempurnaan ini dikenali sebagai syumuliyah dalam islam. Hal ini dinyatakan Allah dalam surah al-Maidah ayat 3:
“Pada hari ini aku sempurnakan agamamu dan aku sempurnakan nikmat ku ke atas mu dan aku redhai islam menjadi agamamu”.
Bagi memperincikan lagi konsep ini, dalam Usul 20 Imam Hasan Al-Banna berkata:
“Ajaran islam adalah menyeluruh mencakupi kesemua bidang kehidupan. Islam adalah Negara dan watan atau pemerintah dan umat. Ia juga adalah pengetahuan dan undang-undang ataupun ilmu dan kehakiman. Islam juga menekankan aspek kebendaan dan harta ataupun usaha dan kekayaan. Di samping itu, islam mementingkan jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Islam adalah akidah yang benar dan ibadah yang sah.”
Oleh itu, kesyumulan islam juga merangkumi dalam bidang perubatan. Ternyata, kaum muslimin jarang sekali yang mahu mendalami ilmu perubatan warisan Nabi SAW yang sangat lengkap. Antara sebahagian perubatan warisan Nabi yang dilupakan adalah bekam. Dunia barat pada hari ini telah melakukan pelbagai penelitian dan pembuktian saintifik terus-menerus yang akhirnya mereka terapkan dalam kehidupan seharian. Walaupun mereka tidak menamakannya sebagai bekam tetapi mereka tetap memakai prinsip kerja bekam yang sama. Menyedut darah, mengumpulkannya dan mengeluarkannya. Sudah tentu dengan teknik dan teknologi yang lebih canggih. Hingga muncullah ahli bekam dari Negara barat seperti DR. Michael Reed Gach dari California dengan bukunya Potent Poins, a Guide to Self Care For Common Ailments atau penelitian Kohler D (1990) dengan bukunya The Connective Tissue as The Physical Medium for Conduction of Healing Energy in Cupping Therapeutic Methode.
Ketika kaum muslimin mengetahui hal ini, mereka terhairan-hairan dan mengagungkan bahawa itulah methode perubatan barat yang canggih. Padahal ia adalah ilmu yang mereka tinggalkan dan diserahkan kepada barat. Imam Syafie pernah berkata sebagai menyayangkan pengabaian umat islam terhadap ilmu perubatan:
“Mereka (kaum muslimin) mengabaikan sepertiga ilmu dan menyerahkan kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani.”
Saya telah menghimpun sejumlah hadith Nabi Muhammad SAW daripada sebuah buku karangan Syihab Al-Badri Yasin yang bertajuk ”Al-Hijamah Sunnah Nabawiyah wa Mu’jizah Thoyyibah”. (Peneliti amat menggalakkan kepada para pembaca supaya membaca tulisan beliau). Justeru, saya mendapati bahawa Rasulullah SAW telah lama mengajarkan kepada kita mengenai ilmu perubatan yang efektif hampir 1400 tahun yang lalu. Suatu therapy yang mempunyai khasiat penyembuhan yang sungguh luar biasa dan hanya terungkap pada sekitar abad ke 20.
Sunnah Qauliyyah dan Nasihat Penghuni Langit
Hadith Pertama:
Diriwayatkan dalam Shohih Bukhari, Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan ummatku melakukan pengubatan dengan besi panas” (Shohih Bukhari)
Hadith Kedua:
Dari Jabir Bin Abdillah ra ia berkata, saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda:
“Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan ’kay’ ” (Shohih Bukhari)
Hadith Ketiga:
Dalam riwayat Tirmidzi dari Ibnu Mas’ud dan riwayat Baihaqi:
“Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisra’kan, kecuali mereka berkata, “Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar berbekam!’ ” (Shohihul Jami’: 5671)
Hadith Keempat:
Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya, dari Ibnu Mas’ud yang berkata:
“Rasulullah SAW suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau diisra’kan, bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali mereka menyuruh beliau dengan mengatakan, ’Perintahkanlah ummatmu agar berbekam’ ”
Ahmad juga meriwayatkan dalam musnadnya, sabda beliau, “Ini (bekam) adalah sebaik-baik cara pengubatan yang digunakan oleh manusia” (Al-Bashriyyin : 19237, Shohih)
Hadith Kelima:
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam)” (Shahih Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan kepada hadith-hadith di atas jelaslah kepada kita bahawa bekam merupakan perintah daripada Nabi Muhammad SAW. Bekam juga adalah terapi yang sangat dianjurkan oleh penduduk langit. Nasihat ini merupakan penghormatan para malaikat sebagai sambutan atas kunjungan Nabi SAW (orang yang dikunjungi wajib menghormati orang yang mengunjungi). Bekam adalah nasihat emas dari para malaikat yang berbakti kepada ”penghulu manusia” pada malam yang diberkati. Adalah sangat tidak masuk akal sekiranya ummat islam mengabaikan kaedah pengubatan yang langsung turun dari langit ini!
Imam Al-Ghazali berpendapat, yang dinukilkan dalam kitab Taysirul Fiqih lil Muslimil Mu’ashir oleh Dr Yusuf Qardhawi pada hal. 235-236:
“Al-Hijamah/Bekam adalah termasuk fardhu kifayah. Jika di suatu wilayah tidak ada seorang yang mempelajarinya, maka semua penduduknya akan berdosa. Namun jika ada salah seorang yang melaksanakannya serta memadai, maka gugurlah kewajipan dari yang lain”.
Dalil-dalil inilah yang menjadi green light bagi saya untuk terus menyelidik, mempelajari sekaligus mempraktikkan ilmu pengubatan bekam dalam kehidupan. Saya mesti mempelajari syariatullah dan sunnatullah. Pengkajian secara sistematik harus diteruskan kerana hanya selepas Quran & Sunnah difahami dan dihayati sahaja iman umat islam ini dapat meningkat sekali gus mencapai kecemerlangan.
Saya perlu menyatakan bahawa terapi bekam adalah cukup sederhana iaitu pengumpulan darah dari kulit melalui hisapan pertama pada poin-poin istimewa dengan menggunakan alatan bekam. Kemudian penyayatan(tusukan) ringan dilakukan pada bahagian luar kulit, kemudian penghisapan sekali lagi, sehingga darah keluar dan terwujudlah kesembuhan dengan izin Allah.

KURSUS BEKAM ONLINE

BEKAM
Mukaddimah
Hijamah in Arabic, Bekam in Malay, Gua-sha in Chinese
Apabila seseorang sakit, dia tidak sepatutnya berasa kecewa; sebaliknya hendaklah bersyukur kerana sakit adalah merupakan tanda kasih sayang Allah SWT kepada hamba-NYA. Pesakit hendaklah berusaha mendapatkan penawarnya dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya kerana ia juga termasuk dalam ibadah.
Sabda baginda nabi Muhammad SAW, “Sesungguhnya Allah SWT telah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan untuk kamu bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Oleh kerana itu berubatlah tetapi jangan dengan yang haram”.
Semenjak dahulu lagi manusia telah berusaha mencari kesihatan yang berkualiti dan umur yang berpanjangan. Sebagai ummat Rasulullah SAW, kita sangat beruntung kerana mempunyai contoh ikutan yang terbaik pernah dilahirkan di atas muka bumi ini iaitu Nabi Muhammad SAW. Sebagai rahmatul ‘alamin, baginda Rasulullah SAW telah mengajar kepada ummatnya berbagai ilmu termasuklah ilmu perubatan yang selamat dan efektif.
Bekam
Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW. untuk ummat Islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara ‘detoksifikasi’ yang sesuai dan selamat bagi ummat Islam.
Sabda Rasulullah SAW ; “Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT” (Riwayat Muslim)
Di dalam Shahih Bukhari, dari Sa’id bin Jubair R.A, dari Ibnu ‘Abbas R.A, dari Nabi SAW, baginda bersabda; “Kesembuhan ada tiga perkara; minum madu, berbekam dan bakaran api. Tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api”.
Bekam amat berkesan untuk melegakan atau menghilangkan kesakitan, memulihkan daya tahan tubuh (imuniti), mengembalikan fungsi fizikal biasa serta memberi harapan baru kepada penderita untuk terus berikhtiar mendapat perawatan. Bekam sangat sesuai dengan tujuan pengubatan Islam itu sendiri iaitu dapat mencegah dan merawat penyakit.
Tubuh yang sihat, fikiran yang sihat dan hati yang bersih adalah faktor penting di dalam hidup seorang individu muslim demi melaksanakan tanggung jawab kehidupan mereka sebagai hamba Allah SWT dan khalifah di atas muka bumi. Jika terlalu banyak kotoran yang mengandungi toksid dalam badan, ini akan menyebabkan penyumbatan dalam saliran darah; di mana sistem peredaran darah tidak dapat berjalan dengan lancar. Keadaan ini sedikit demi sedikit akan menggangu kesihatan, baik secara fizikal maupun mental seseorang. Seseorang itu akan merasa malas, murung, selalu merasa kurang sihat, cepat bosan dan cepat naik darah. Ditambah lagi dengan angin yang susah dikeluarkan, maka kita akan berjumpa penderita yang terganggu emosinya sehingga sampai tahap harus bertemu dengan pakar psikologi atau dotor rohani (ulama sufi).
Darah yang tersumbat harus dikeluarkan melalui berbagai macam cara, tetapi malangnya ubat-ubatan alopati tidak mampu bertindak demikian. Jadi kita harus mencari perawatan alternatif yang dapat mengeluarkan toksid tersebut dengan cepat dan selamat agar sistem imuniti tidak lemah dan tubuh tidak diserang penyakit. Bekam adalah satu cara yang amat berkesan untuk mengatasi masalah ini, malah proses penyembuhan penyakit dapat dipercepatkan jika disinergikan dengan herba-herba yang bersifat alami.
Berbekam dalam keadaan perut kosong adalah ubat, tetapi menjadi penyakit jika dilakukan dalam keadaan perut penuh. Allah SWT mewajibkan kita umat Islam untuk berpuasa dalam setahun selama sebulan dalam bulan ramadhan untuk menyucikan rohani, maka wajarlah umat ini untuk kembali mengamalkan sunnah berbekam sebulan sekali bagi membersihkan jasmani.

Waktu Berbekam
Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21 bulan hijriah maka itu adalah hari-hari yang menyembuhkan segala macam penyakit”.
Imam Sayuti RH berpendapat bahawa berbekam pada tanggal-tanggal seperti di atas memang baik bila badan dalam keadaan sihat, tetapi jika orang yang berkaitan sedang sakit atau sangat memerlukan perawatan dengan cepat, kita tidak harus mengikuti tanggal-tanggal tersebut.
Ibnu Sina di dalam kitabnya “Al Qanun fii Thibb” menyebut mengenai waktu yang terbaik untuk berbekam iaitu di antara jam 2 dan 3 petang kerana pada waktu tersebut saluran darah sedang mengembang dan darah-darah yang mengandungi toksid sangat sesuai untuk dikeluarkan.
Sebaik-baiknya sebelum berbekam, pesakit bertangas selama ½ jam kemudian direhatkan selama 15 minit dan diikuti dengan bekam.
Sebagai seorang herbalis Muslim, kita harus menolong mereka yang memerlukan pertolongan tanpa mengira masa, pangkat dan golongan dengan ilmu yang telah Allah SWT anugerahkan kepada kita. Berilah sentuhan-sentuhan ilahiah serta memohon kepada-NYA, kerana berbekam seperti juga meminum ubat hanyalah suatu cara pengubatan, sedangkan yang menyembuhkan adalah Allah SWT yang bersifat Asy Syafi.

Jenis-Jenis Bekam
Ada 4 jenis bekam:
Jenis Basah atau Bekam Darah:
Di sini permukaan kulit disedut terlebih dahulu, lalu dilukai menggunakan lancet (jarum tajam) kemudian sekitarnya disedut kembali untuk mengeluarkan darah kotor dari bawah kulit. Setiap sedutan dibiarkan selama 2 ~ 3 minit kemudian dibuang kotorannya. Darah yang mengandungi toksid kelihatan hitam pekat seperti jeli serta berbuih. Sedutan maksima pada satu-satu tempat adalah sebanyak 7 kali pada satu masa. Jarak waktu untuk mengulangi bekam pada tempat yang sama adalah 2 ~ 3 minggi. Bekas luka akan hilang dalam 2 ~ 3 hari jika diurut dengan Minyak But-But dan tempat sedutan tersebut tidak terkena air selama 3 ~ 4 jam selepas di bekam.
2. Jenis Kering atau Bekam Angin
Bekam kering bermanafaat untuk membuang angin serta melegakan sakit secara kecemasan tanpa melukai kulit. Cara ini amat baik bagi penderita yang tidak tahan sakit terkena jarum dan tidak kuat melihat adarah. Kulit akan kelihatan lebam selama 1 ~ 2 minggu. Di sini sedutannya hanya sekali dan dibiarkan selama 15 ~ 20 minit. Di sini sekali lagi Minyak But-But memainkan peranan penting untuk menghilangkan bekas-bekas lebam tadi. Bekam kering bukan sunnah Rasulullah SAW.
3. Jenis Bekam Luncur
Yang dimaksudkan bekam luncur adalah tubuh bahagian belakang dilumuri dulu dengan Minyak But-But lalu sedut di tempat yang telah dilumuri minyak, kemudian diluncurkan di tempat yang terasa sakit, ada angin dan berat, terutama di bahagian scapula. Bila tempat rasa sakit dan berwarna hitam dapat disedut, biarkan 2 ~ 3 minit dan dibuang darahnya. Prosesnya sama dengan jenis no. 1 .
4. Jenis Bekam Tarik
Jenis ini baik bila dilakukan di bahagian kepala terutama dahi. Caranya adalah lumuri dulu dahi dengan Minyak But-But, lalu sedut dan tarik-lepas, sedut lagi lalu tarik-lepas lagi, begitu seterusnya hingga kepala terasa ringan.
Persedian Sebelum Bekam
Kulit
Tempat yang hendak dibekam perlu dibersihkan dari segala kekotoran. Sekiranya tempat itu berbulu ia perlulah dicukur terlebih dahulu. Seeloknya mandi sekurang-kurangnya 1 jam sebelum pembekaman.
Usus
Sebelum pembekaman, usus perlulah bersih. Pada penyakit yang kronik, julap yang tidak berapa kuat atau yang diperbuat daripada herba dicadangkan pemakanannya untuk membersihkan usus pada malam sebelum pembekaman.
Diet
Mengambil makanan yang ringan sebelum pembekaman. Jangan terlalu lapar atau terlalau kenyang.
Tidur
Tidur yang mencukupi amat penting supaya berasa tenang semasa pembekaman.
Peraturan Selepas Bekam
Ø Mandi selepas 3 jam, sebaik-baiknya dengan air suam
Ø Elakkan senaman yang berat
Ø Rehat yang secukupnya untuk 2 ~ 3 hari terutama pada mereka yang mempunyai penyakit kronik
Ø Elakkan minuman sejuk

PANDUAN SINGKAT TENTANG BEKAM
[CUPPING]
Anjuran Berbekam
Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam besabda :
الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ
“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay.” (HR Bukhari)
Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam bersabda :
إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ
“Sesungguhnya metode pengubatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection).” (HR Bukhari – Muslim)
Rawatan Bekam
Bekam adalah suatu kaedah perubatan dengan mengeluarkan darah kotor (bertoksin) atau angin (punca segala penyakit) secara langsung dari dalam tubuh dengan menggunakan alat bekam berserta doa dan ayat tertentu.

Kelebihan Bekam Sunnah :
SIHAT TUBUH BADAN
MENGIMBANGKAN DAYA TAHAN BADAN
BUANG ANGIN
MENGHILANGKAN KELETIHAN DAN PENAT BADAN
MENGHILANGKAN SAKIT URAT-URAT DAN LEMAH-LEMAH BADAN
MENGURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG & DARAH TINGGI
MERINGANKAN ‘KERJA’ HATI, LIMPA DAN BUAH PINGGANG
MEMBANTU MENGURANGKAN KADAR KOLESTROL DALAM DARAH
MENGURANGKAN RISIKO PENYEMPITAN SALUR DARAH
MEMBANTU MENCANTIKKAN PERMUKAAN KULIT DAN LAIN-LAIN
MEMBUANG DARAH BERTOKSIK DAN MEMBUANG SEGALA GANGGUAN MAKHLUK HALUS

HUJAH BERBEKAM

Hadits dari Ibn Abbas r.a. menerangkan : “Bahwa ada 3 cara pengubatan yang dilakukan pada masa Rasulullah SAW, yaitu : Madu (Al ’Asl), Berbekam (Al-hijaamah) dan Pemanasan (Al-Kayy) dan Rasul menghindari pengubatan Kayy”.

Dari riwayat lain yang bersumber dari Mujahid dari Ibnu Abbas disebutkan bahwa Nabi bersabda : “Berubat itu dengan BERBEKAM”.

Madu menjadi dasar ubat-ubatan, terutama ubat yang berasal dari tumbuhan (Herba) yang alamiah dan tidak mengandung Kimia sintetis. Bekam, menjadi dasar kepada Pembedahan, dan Api menjadi dasar kepada perubatan Laser.

Dalam Hadits lain riwayat Tirmidzi menerangkan : “Bahwa ketika Nabi SAW dalam perjalanan Israk Mi’raj, Baginda bertemu dengan Malaikat yang memerintahkan supaya umat Muhammad SAW menggunakan Bekam sebagai kaedah rawatan penyakit”. Pesan tersebut berulang-ulang sehingga Baginda Rasul takut hal tersebut menjadi Fardlu atas umatnya.

Rasulullah memuji orang yang berbekam : “Dia membuang darah yang kotor, meringankan tubuh, serta menajamkan penglihatan”. Allah menghususkan dalam satu tahun sebulan di bulan Ramadlan untuk mencuci ‘Rohani’ dengan ber ’puasa’, jadi wajarlah kita mensucikan ‘Jasmani’ dengan ‘Berbekam’. Berbekam sebelum berpuasa akan lebih baik manfaatnya.

HALALKAH REZEKI DARI BERBEKAM ?

Dari Ibnu Abbas r.a katanya : “Pernah Nabi SAW berbekam sedang beliau sedang berpuasa. Jadi boleh saja seseorang dibekam walau dalam keadaan berpuasa”.

Dari Annas bin Malik r.a katanya : “Abu Thaibah membekam Rasulullah SAW, maka beliau suruh berikan kepadanya segantang kurma”.

Dari Ibnu Abbas r.a katanya : “Nabi SAW berbekam dan diberinya orang yang membekam itu (Upah). Jika pemberian itu ‘Haram’, Beliau tidak akan memberinya”.

Jadikanlah perawatan Berbekam sebagai sarana IBADAH baik untuk yang membekam maupun yang berbekam.

Bekam atau hijamah adalah teknik pengubatan dengan jalan membuang darah kotor (racun yang berbahaya) dari dalam tubuh melalui permukaan kulit.Perkataan Al Hijamah berasal dari istilah bahasa arab : Hijama (حجامة) yang bererti pelepasan darah kotor. Sedangkan dalam bahasa Inggris disebut dengan cupping, dan dalam bahasa melayu dikenal dengan istilah Bekam

Kembali Ke Atas Go down
indofal
Admin

Jumlah posting : 221
field name : 0
Join date : 25.12.10
Age : 42
Lokasi : http://id.netlog.com/indofal

PostSubyek: Re: Bekam - Hijamah   Mon Jan 17, 2011 10:26 pm

Mujahid R. Faezan wrote:

http://indofal.top-me.com
 
Bekam - Hijamah
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
subhannaallah wabihamdih :: kesehatan dalam islam :: kesehatan dalam islam :: terapi & pengobatan-
Navigasi: