subhannaallah wabihamdih

subhannaallah wabihamdih

membahas tentang agama islam.sunah rosulullah s.a.w, hidup & kehidupan
 
IndeksportalCalendarFAQPencarianAnggotaPendaftaranLogin
Pencarian
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
bismillahirohmanirohim
--


border="0"


border="0"


border="0"

like/ twitter/+1
Login
Username:
Password:
Login otomatis: 
:: Lupa password?
Latest topics
» الشيخ محمد العريفي - ضع بصمتك في الخمور 1 - 7
Mon Dec 12, 2011 12:55 pm by indofal

» ceramah syeh afeefuddin
Thu Dec 08, 2011 11:57 am by indofal

» wafat gusdur mantan presiden RI
Mon Dec 05, 2011 11:00 am by indofal

» kumpulan bayi-bayi lucu
Mon Dec 05, 2011 10:53 am by indofal

» Islam sebagai Landasan Politik Melayu
Wed Nov 30, 2011 1:56 pm by indofal

» Lumpur Lapindo dan Dongeng Timun Emas
Wed Nov 30, 2011 1:51 pm by indofal

» Dahsyatnya Pengaruh Dongeng
Wed Nov 30, 2011 1:48 pm by indofal

» Bau Nyale, Teladan Berkorban Pemimpin
Wed Nov 30, 2011 1:45 pm by indofal

» Sumbangan Bahasa Melayu Riau Kepada Bahasa Indonesia
Wed Nov 30, 2011 1:41 pm by indofal

Top posters
indofal
 
barkah
 
Mujahid R. Faezan
 
lestarie
 
NurFirman
 
reva_rn
 

Share | 
 

 Rasulullah Saw masuk Mekah

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Mujahid R. Faezan
anggota perak
anggota perak


Jumlah posting : 12
field name : 0
Join date : 15.01.11
Age : 41
Lokasi : lubuk linggau (sumatra selatan)

PostSubyek: Rasulullah Saw masuk Mekah   Mon Jan 17, 2011 3:34 pm

Rasulullah Saw masuk Mekah

Diantara penyusunan Rasulullah Saw yang sangat bijaksana, Rasulullah Saw memerintahkan tentera Islam memasuki Mekah dari empat penjuru. Jadi mereka tak hanya masuk dari satu tempat. Ini memnyebabkan orang Mekah tak akan mampu memecahkan tentera mereka kepada empat kumpulan untuk menyekat tentera Islam. Rasulullah Saw memang mahu Mekah dibuka tampa pertumpahan darah dan dapat menjaga kehormatan Tanah Haram.

Selepas itu tentera Islam bergerak terus dari empat penjuru, Rasulullah Saw berada dalam salah satu pasukan ini. Ketika itu Rasulullah Saw berada ditas kenderaannya sambil menundukkan kepalanya sehingga janggutnya mengenai badannya. Rasulullah Saw masuk ke Mekah dengan kemenangan dan marwah yang tinggi namun Rasulullah Saw dalam keadaaan yang sangat tawadhuk dan penuh rasa kehambaan kepada Tuhannya. Ketika itu Rasulullah Saw membaca surah Alfath dengan suara yang didengari oleh para Sahabat.

إنا فتحنا لك فتحا مبينا
Sesungguhnya kmi telah membuka kepada kamu pembukaan yang nyata

Pasukan pertama sampai ke Khif ialah pasukan Saidina Zubair bin Awam. Pasukan ini menyusun dulu tempat ini untuk perkhemahan tentera Islam dan mereka menyiapkan khemah Rasulullah Saw. Selepas itu Pasukan yang bersama Rasulullah Saw sampai. Pasukan yang paling akhir sampai ialah pasukan Saidina Khalid. Pasukan ini terlewat kerana ada sebahagian tentera Mekah yang tak mahu menyerah. Pasukan yang dipimpin oleh Ikrimah bin Abu Jahal dan Sofwan bin Umayyah itu dan beberapa orang pahalawan Mekah tidak mahu membenarkan pasukan Saidina Khalid masuk Mekah. Bila mereka menyekat pasukan Saidina Khalid, Saidina Khalid menyeru kepada Ikrimah, wahai Ikrimah ini Rasulullah Saw, Allah telah bukakan Mekah kepadanya, maka lebih baik kamu menyerah kepada Islam. Saidina Khalid berdakwah kepadanya. Dia menolak Islam. Kata Saidina Khalid, kalau begitu, duduklah didalam rumah kamu, keselamatan untuk kamu. Ini juga ditolak oleh Ikrimah. Kemudian Saidina Khalid berkata, Rasululah telah memerintahkan kami supaya jangan memerangi kamu, maka sila buka jalan kepada kami. Ini juga ditolak oleh Ikrimah. Kata Ikrimah, demi Alllah kamu tak akan masuk Mekah kecuali dengan pedang kamu. Bila Saidina Khlaid melihat Ikrimah berkeras, dia perintahkan pasukannya maju kehadapan, pasukan Ikrimah masih menyekat mereka. Bila sampai dekat berlaku pertempuran kecil dengan pasukan Ikrimah ini. Dalam pertempuran ini 23 orang pahlawan Mekah tewas sementara tak ada seorang pun dari pasukan Saidina Khalid tewas.

Ketika itu baru mereka melarikan diri. Ikrimah lari keluar Mekah, begitu juga Sofwan bin Umayyah. Saidina Khalid mengahantar tentera Islam mengejar mereka yang lari. Saidina Ali yang berada dalam pasukan Saidina Kahlid mengejar dua orang pahlawan Mekah Al Harist bin Hisyam dan Abdullah bin Abi Rabiah. Rumah yang paling dekat dengan mereka ialah rumah Umu Hani binti Abu Talib, saudara perempuan Saidina Ali. Kedua-dua pahlawan Quraisy ini lari kesitu dan minta perlindungan dari Umu Hani. Umu Hani memberi perlindungan kepada mereka. Kemudia Umu Hani keluar kepintu dia melihat ada seorang panglima lengkap berbaju besi. Dia tak dapat mengenali bahwa itu adalah saudaranya Saidina Ali. Dia berkata kepada Saidina Ali. Maaf aku telah memberi perlindungan kepada mereka berdua Harist dan Abdullah.

Ketika itu Saidina Ali membuka mukanya, baru Umu Hani kenal itu Saidina Ali. Kata Umu Hani, wahai Ali mereka berada dalam jaminan aku. Kata Saidina Ali, wahai Umu Hani, mereka telah memerangi kami. Kata Umu Hani, mereka dalam perlindungan aku wahai Ali. Kata Saidina Ali, mereka tak boleh keluar dari rumah ini sehingga ada keputusan dari Rasulullah Saw. Apakah sah perlindungan Umu Hani kepada mereka atau tidak kerana mereka yang memerangi tentera Islam.. Dengan itu Umu Hani pergi sendiri bertemu dengan Rasulullah Saw. Bila Umu Hani sampai di khemah Rasulullah Saw di Khif, Rasululah sedang mandi untuk menunaikan sembahyang sunat Futuh. Siti Fatimah yang mengadang Rasulullah Saw mandi.

Umu Hani minta izin masuk dan Rasulullah Saw bercakap dengannya dari balik tabir. Kata Umu Hani yang telah Islam ketika itu, wahai Rasulullah Saw aku telah memberi perlindungan kepada Al Harist bin Hisyam dan Abdullah bin Abi Rabiah. Kata Rasulullah Saw, kami memberi perlindungan kepada siapa yang kamu lindungi wahai Umu Hani. Kedua-dua pahlawan Mekah yang memerangi pasukan Saidina Khalid ini dimaafkan oleh Rasululah dengan perlindungan dari Umu Hani. Lihatlah bagaimana Rasulullah Saw memuliakan perempuan bahkan Rasulullah Saw mengiktiraf perlindungan yang Umu Hani berikan kepada dua orang lelaki dari kalangan kepimpinan Mekah yang enggan menyerah kepada pasukan Saidina Khalid.

Bila pasukan Saidina Khlaid sampai di Khif, Rasulullah Saw terus panggil dia. Wahai Khalid bukankah aku telah perintahkan supaya jangan berlaku pertempuran. Kata Saidina Khalid, wahai Rasulullah Saw mereka berkeras tidak membenarkan kami memasuki Mekah sehingga terpaksa kami menghadapi mereka. Dengan itu Rasulullah Saw melepaskan Saidina Khalid. Manakala Ikrimah dan Sofwan berjaya melarikan diri. Sedangkan Habbar bin Aswad salah seorang dari sepuluh yang Rasululah izin mereka dibunuh tak sempat melarikan diri, dia dikejar oleh Saidina Zubair. Akhirnya dia lari ke Ka’bah dan bergantung dengan kelambu Ka’bah. Disitu dia dibunuh oleh Saidina Zubair diatas taklimat dari Rasulullah Saw bahawa mereka ini boleh dibunuh walaupun mereka lari bergantung dengan kelambu Ka’bah. Abdullah bin Saad bin Abi Sarah menghilangkan diri tetapi masih berada di Mekah, Hindun juga bersembunyi. Jadi dari sepuluh orang itu ada yang dibunuh ada yang melarikan diri dari Mekah dan ada yang bersembunyi di Mekah.

Setelah semuanya berada di Khif, Rasulullah Saw memimpin semua tentera Islam bergerak menuju ke Ka’bah. Rasulullah Saw berjalan sambil bertakbir begitu juga semua para Sahabat dan seluruh tentera Islam bertakbir bersama takbir Rasulullah Saw. Sekarang Rasulullah Saw bersama sepuluh ribu orang tentera Islam dalam satu perbarisan tentera yang sangat gagah bergerak menuju ke Ka’bah dengan gema takbir kesyukuran dan membesarkan Tuhan diatas pembukaan ini. Begitulah cara Islam menyambut kemenangan. Penduduk Mekah mengintai-ngintai dari tingkap-tingkap rumah mereka. Ada yang berani keluar termasuk pemimpin pemimpin Mekah, memerhati pergerakan Rasulullah Saw dan tentera Islam ini. Diantara pemimpin-pemimpin Mekah yang keluar ialah Al Harist bin Hisyam yang telah mendapat perlindungan dari Umu Hani. Abu Sufyan juga turut keluar menyaksikan pemandangan yang penuh dengan kebesaran Tuhan dan keizzahan Islam. Rasulullah Saw melalukan tawaf diatas kenderaannya sambil membaca surah Al fatah. Orang Mekah juga dapat mendengar bacaan Rasulullah Saw ini. Namun Rasulullah Saw terus tenggelam dalam kebesaran Tuhan dan rasa kehambaannya kepada Allah. Setiap kali Rasulullah Saw memalui Hajarul Aswad Rasulullah Saw menyentuh Hajarul Aswad dengan tongkatnya dan Rasulullah Saw cium hujung tomgkatnya ini.

Kemudian Rasulullah Saw menuju ke telaga zam-zam untuk minum zam-zam. Ketika itu Rasulullah Saw panggil Saidina Abbas pemimpin dari Bani Hasyim yang mewarisi telaga zam-zam dari Abdul Mutallib untuk memberi minuman zam-zam kepada Rasulullah Saw. Rasulullah Saw tak mahu ambil sendiri supaya tidak menjadi sunnah kepada umat Islamm. Nanti semua orang nak ambil sendiri sedangkan hak memberi minuman zamzam ini adalah hak Bani Hasyim. Inilah yang disebut Siqayah, memberi minum kepada orang-orang yang datang ke Ka’bah. Selepas itu Saidina Abbas bertanya pada Rasulullah Saw, apakah Rasulullah Saw mahu pulang kerumahnya, rumah Siti Kahdijah yang Rasululah diami sebelum hijrah. Rasulullah Saw menolak kerana rumah itu telah dijual oleh Saidina Aqil bin Abi Tahlib selepas Rasulullah Saw berhijrah ke Madinah. Dengan itu Rasululah selama 19 hari dalam proses pembukaan Mekah ini tinggal di khemah karana Rasulullah Saw sudah tidak mempunyai rumah di Mekah.

Selepas itu Rasulullah Saw mengumpulkan semua Quraisy dan semua penduduk Mekah. Rasulullah Saw naik keatas bukit Safa dan menyampaikan ucapanya kepada semua penduduk Mekah. Rasulullah Saw menyampaikan ringakasan-ringkasan penting tentang agama Islam. Antarnya Rasulullah Saw membatalkan syirik dan perbuatan jahiliyah, Rasulullah Saw melarang pembunuhan dan Rasulullah Saw mengharamkan riba. Dengan itu semua perkara dirujuk kepada hukum Islam. Rasulullah Saw membatalkan semua perturan Jahiliyah melaiankan dua perkara saja iaiatu Siqayah dan Rifadah. Dua perkara ini bersangkut paut dengan membesarkan dan memuliakan Ka’bah, justeru itu Islam mengekalkannya. Ketika itu Islamlah yng menguasai Mekah. Rasulullah Saw yang menguasai Mekah. Nasib orang Mekah semuanya ditngan Rasulullah Saw

Selepas itu Rasulullah Saw bertanya kepada mereka semua:

ما ترون أني فاعل بكم فقالوا أخ كريم وابن أخ كريم فال اذهبوا فأنتم طلقاء
Apakah yang kamu rasa aku akan lakukan pada kamu semua. Kata Quraisy, kamu dalah saudara yang mulia dan anak kepada saudara kami yang mulia. Kata Rasulullah Saw, kamu semua bebas.

Rasulullah Saw maafkan mereka semua, mereka yang telah menyakiti, memusuhi dan memerangi Rasulullah Saw sepanjang 23 tahun itu. Rasulullah Saw maafkan mereka semua. Dengan itu Allah campakkan Islam kedalam hati mereka semua diatas kemuliaan akhlak Rasulullah Saw ini. Selepas itu seorang demi seorang dari mereka datang mengiklankan keIslaman mereka kepada Rasulullah Saw.

Peristiwa peristiwa di Mekah

Dalam tempoh Rasulullah Saw dan para Sahabat berada di Mekah, Mekah telah jatuh ketangan Islam sepenuhnya. Berlaku beberapa peritiwa anataranya peritiwa Fudhalah. Satu hari ketika Rasululah sedang tawaf, Fudhalah datang dekat Rasulullah Saw, dia membawa khanjar untuk membunuh Rasulullah Saw. Akhirnya dia berjaya sampai dekat Rasulullah Saw. Rasulullah Saw bertanya kepadanya, apakah yang sedang hati kamu perkatakan kepada diri kamu wahai Fudhalah. Kata Fudhalah, wahai Rasululah aku beristighfar dan berzikir kepada Allah. Rasulullah Saw tahu apa yang sedang ada dalam hatinya. Kata Rasulullah Saw, minta ampunlah kepada Allah wahai Fudhalah, minta ampunlah kepada Allah wahai Fadhalah. Fadhalah bun beristigfar, kemudia Rasulullah Saw meletakkan tangannya kedada Fudhalah dan Rasulullah Saw menyuruhnya beristighfar lagi. Fudhalah pun beristighfar. Kemudia Rasulullah Saw angkat tangannya. Kata Fudahalah; Demi Allah sebelum Rasulullah Saw meletakkan tangannya kedada aku, tak ada orang yang paling aku benci lebih dari Rasulullah Saw, tapi selepas itu Rasulullah Saw orang yang paling aku sayang.

Sementara itu orang-orang Mekah mengambil peluang bertemu dengan Rasulullah Saw sepanjang tempoh itu. Abu Sufyan ketika itu seorang diri, dia sedang berfikir bagaiman untuk megnumpulkan semula orang Mekah kepadanya dan mengumpulkan kabilah-kabilah Arab yang lain untuk memerangi Rasulullah Saw semula. Fikirannya sibuk memikirkan hal itu. Tiba tiba dia rasa ada tangan menyentuh belakangnya. Rupanya Rasululah datang. Rasulullah Saw melihat kepada Abu Sufyan. Sabda Rasulullah Saw, kalau begitu Allah akan hina kamu wahai Abu Sufyan. Kata Abu Sufyan, ketika itu Allah campakkan keyakinan kepada Rasulullah Saw dan kepada Islam kedalam hati aku. Bagimana Rasulullah Saw boleh mengetahui apa yang sedang berada dalam hati dan fikirannya. Demikianlah ketajaman ruh Rasulullah Saw.

Satu hari Atab bin Usaid, Abu Sufyan dan Harist bin Hisyam tiga pemimpin Mekah duduk berbual sambil melihat keadaan Mekah yang telah jatuh ketangan Islam. Ketika itu masuk waktu sembahyang. Rasulullah Saw perintahkan Saidina Bilal supaya naik keatas Kabaah dan mengumandangkan azan. Bila Saidina Bilal azan, kata Attab, Allah telah memuliakan Usaid kerana dia tak melihat hamba ini melaungkan azan dari atas Ka’bah. Kata Haris, Allah telah muliakan Hisyam kerana dia tak melihat hamba ini bertakbir dari atas Ka’bah. Abu Sufyan diam. Dia tak berani bercakap. Kata Abu Sufyan, demi Allah kalau aku bercakap pasti batu-batu kecil disitu akan memberitahu Rasulullah Saw. Lepas itu Rasulullah Saw lau dekat mereka. Rasulullah Saw ulangkan kepada Attab dan Harist apa yang baru mereka perkatakan. Kemudian Rasulullah Saw berkata kepada Abu Sufyan. Wahai Abu Sufyan kalau kamu ada berkata sesuatu pasti batu-batu ini menceritakannya kepada aku. Ketika itu Islam telah tetap dalam hati Abu Sufyan. Dia sudah yakin benar bahawa Muhammad bin Abdullah adalah Utusan Allah kepada manusia untuk membawa mereka kepada Allah Tuhan yang selayaknya disembah dan di agungkan.

Selepas itu Rasulullah Saw naik keatas untanya dan baginda minta semua orang berada jauh dari Ka’bah. Rasulullah Saw seorang diri melakukan tawaf di Ka’bah. Ketika itu Rasulullah Saw memegang tongkatnya dan ketika itu Ka’bah masih dipenuhi dengan 360 berhala. Rasulullah Saw terus melakukan tawaf sambil membaca :

قل جاء الحق وزهق الباطل, إن الباطل كان زهوقا

Rasulullah Saw membaca ayat ini sambil mengarahkan tongkatnya kepada berhala. Belum sempat kena tongkat Rasulullah Saw kepada berhala itu berhala itu sudah jatuh. Kalau Rasulullah Saw arahkan tongkatnya kemuka berhala, berhala itu jatuh kebelakang. Kalau Rasulullah Saw halakan tongkatnya kebelakang berhala, berhala itu jatuh tersembam kemukanya sebelum tongkat Rasulullah Saw mengenainya lagi. Ketika itu penduduk Mekah mnemerhati Tuhan-Tuhan mereka jatuh satu demi satu dan pecah berderai. Rasulullah Saw terus mengulang-ulangkan ;

قل جاء الحق وزهق الباطل, إن الباطل كان زهوقا

Satu demi satu berhala-berhala yang telah disembah beratus ratus tahun oleh bangsa Arab itu jatuh dan pecah. Bila berhala ini jatuh, dia terus pecah menjadi batu-batu kecil, hilang langsung bentuk berhala. Akhirnya semua berhala jatuh dan pecah menjadi batu-batu kecil. Hanya tingal yang terakhir iaitu Hubal, berhala yang paling besar dan merupakan ketua Tuhan bangsa Arab jahiliyah ketika itu. Berhala ini diikat kukuh dengan rantai besi ketanah. Rasulullah Saw memukul dengan tongkatnya ke mata Hubal sambail Rasulullah Saw membaca ayat tadi. Dengan pukulan Rasulullah Saw Hubal bergegar. Akhirnya Hubal tumbang dengan tongkat Rasulullah Saw. Oleh kerana Hubal ini terlalu besar, dia tidak pecah kepada batu batu kecil, Hubal pecah kepada pecahan yang masih besar. Rasululah perintahkan para Sahabat memecahkannya. Mereka memecahkannya dengan tangan mereka. Dengan itu Hubal telah dipecahkan oleh tangan-tangan yang pernah menyembahnya sebelum ini. Quraish memerhatikan peristiwa itu. Dengan itu Allah cabut berhala-berhala itu dari hati mereka. Siapa yang mereka nak sembah sekarang. Tuhan-Tuhan mereka semuanya telah pecah. Dengan itu tamatlah riwayat berhala-berhala ini bersama terhakisnya kepercayaan Arab Jahiliyah terhadap Tuhan-Tuhan palsu ini. Bersama itu juga tumbuhlah benih-benih tauhid kepada Tuhan yang Maha Esa apatah lagi bila Quraish dapat melihat sendiri dengan mata kepala mereka kebesaran dan keagungan agama Islam dan peribadi Nabinya yang agung itu.

Selepas itu Rasulullah Saw nak masuk kedalam Ka’bah. Rasulullah Saw panggil Saidina Osman bin Talhah, salah seorang pemimpin Mekah yang telah masuk Islam bersama Saidina Khalid dan Saidina Amru bin A’s. Rasulullah Saw perintahkan Saidina Osman menagmbil kunci Ka’bah dari Bani Abdul Dar kerana Saidina Osman ini dari Bani Abdul Dar. Mereka yang memegang kunci pintu Ka’bah dan tidak ada orang boleh masuk kedalam Ka’bah melainakan dengan izin dari mereka. Ketika itu kunci Ka’bah ini ditangan ibu Saidina Osman bin Talhah. Dia pergi minta kunci dari ibunya. Kata ibunya, wahai Osman, apakah kamu lupa peristiwa kamu dengan Muhammad sebelum kamu Islam? Rasulullah Saw pernah meminta dari Saidina Osman sebelum Hijrah untuk masuk ke Ka’bah. Ketika itu Saidina Osman belum Islam. Kata Saidina Osman kepada Rasulullah, demi Allah kamu tak boleh masuk kedalam Ka’bah. Rasululah minta lagi. Kata Saidina Osman, kamu tak akan boleh masuk kedalamnya selama lamanya.

Rasulullah Saw merayu lagi, wahai Osman, izinkan aku masuk kedalam Ka’bah sebelum kunci Ka’bah ini berada ditangan aku. Aku akan berikan kunci ini kepada siapa yang aku mahu. Kata Saidina Osman, demi Allah kalau berlaku kunci Kaabah ini berada ditangan kamu, perut bumi itu lebih baik kepada aku. Lebih baik aku mati dari aku melihat peristiwa itu. Maha Besar Tuhan, sekarang Saidina Osman telah Islam dan sedang berusaha untuk mendapatkan kunci itu untuk diserahkan kepada Rasulullah Saw. Ibunya sedang mengingatkannya kepada sumpah silamnya. Ibunya takut nanti Rasululah Saw ambil kunci itu dan menyerahkannya kepada orang lain. Bagi Saidina Osman yang telah Allah ubah hatinya itu, ini Rasululah, walaupaun Rasulullah Saw akan serahkan kepada orang lain tapi aku mesti taat dengan Rasulullah Saw. Ibunya menyorokkan kunci dalam pakaiannya. Dia berkeras tak mahu serahkan kunci. Kata ibunya, ini kemulian kamu, kemulian ayah dan datuk-datuk kamu Bani Abdul Dar. Aku tak akan serahkan kepada Rasulullah Saw. Saidina Osman terus merayu kepada ibunya kerana Rasulullah Saw dah lama menunggunya. Kerana Saidina Osman bin Talhah lambat pulang Rasululah kirim Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar untuk mengambil kunci itu. Bila Saidina Umar sampai, dia mengetuk pintu rumah Umu Osman sambil memanggil Saidina Osman. Wahai Osman mana kunci? Rasulullah Saw telah lama menunggu. Mendengar suara Saidina Umar itu Umu Osman menggeletar dan terus memnyerahkan kunci kepada Saidina Osman. Lebih baik dia menyerahkannya kepada anaknya Osman daripada dia terpaksa menyerahkan kunci itu kepada Saidina Umar. Begitulah Allah campakkan rasa takut dan gementar dalam hati siibu ini terhadap Saidina Umar kerana hati Saidina Umar yang sangat takut dengan Tuhannya.

Saidina Osman datang menyerahkan kunci Ka’bah, kemuliaan Bani Abdul Dar kepada Rasulullah Saw. Rasululah tahu Saidina Osman masih teringat peristiwa mereka sebelum Hijrah. Semua orang ketrika itu cemas menanti apa yang kan berlaku kepada kunci Ka'bah ini. Rasulullah Saw akan serahkan kepada siapa kemuliaan memegang kunci Ka’bah. Saidina Abbas datang kepada Rasulullah Saw meminta Rasulullah Saw menyerahkan kunci ka'bah kepadanya, kepada Bani Hasyim sehingga dengan itu terkumpul kepada Bani Hasyim kemuliaan Siqayah, memberi minum zamzam, Rifadah dan kunci Ka’bah. Siqayah dan Rifadah memnag ditangan Saidina Abbas. Namun kata Rasulullah Saw: يوم بر ووفاء . Ini hari kebaikan dan kesetiaan. Sambil Rasulullah Saw terus mengulang ulang kata-kata itu.

يوم بر ووفاء يوم بر ووفاء خذواها بني عبد الدار خالدة مخلدة إلى يوم القيامة لا يأخذه منكم إلا ظالم
Hari kebaikan dan hari kesetiaan, hari kebaikan dan hari kesetiaan. Ambillah kunci ini wahai Bani Abdul Dar, dia akan kekal ditangan kamu sehingga hari kiamat. Tidak ada orang yang merampasnya dari tangan kamu melainkan orang yang zalim.

Maha Besar Tuhan, sehingga hari ini kunci Ka’bah dipegang oleh Bani Badul Dar, Bani Syaibah. Mereka yang memegang kunci Ka’bah.

Kemudian Rasululah Saw masuk kedalam Ka’bah dan terus Rasululah sembahyang dia rekaat syukur dan terima kasih kepada Allah yang telah mengizinkan semua ini berlaku. Ketika itu Rasulullah Saw hanya ditemani oleh Saidina Bilal. Selepas Rasululah keluar, orang pertama masuk ialah Saidina Abdulah bin Umar. Memang dia adalah seorang sahabat yang sangat fanatik dengan Rasulullah Saw. Dia mesti tiru apa saja yang Rasululah buat. Saidina Abdullah bin Umar terus bertanya kepada Saidina Bilal, dimana Rasulullah Saw sembahyang sedangkan dalam Ka’bah itu ada enam tiang. Rasululah sembahyang membelakangkan tiga tiang dibelakangya dan dua tinag berada dikanannya dan satu tiang dikirinya. Saidina Abdullah sembahyang ditempat Rasulullah Saw sembahyang itu tapi dia terlupa nak bertanya berapa rekaat Rasulullah Saw sembahyang.


Orang Mekah berbaiah kepada Rasulullah Saw

Selepas itu Rasululah menerima bai'ah dari orang-orang Mekah yang masuk Islam. Rasululah menerima baia'h dari kaum ibu dahulu. Rasulullah Saw tidak bersalam dengan mereka tapi Rasululah menerima baia'h secara lisan dari mereka. Di antara perempuan-permpuan yang datang untuk berbaiah dengan Rasulullah Saw ialah Hindun binti Utbah. Dia datang dengan menutup mukanya supaya orang tidak mengenalinya Hindun datang untuk masuk Islam supaya dengan itu dia dapat keamanan sedangkan dia termasuk dalam senarai yang Rasulullah Saw halalkan darah mereka. Rasululah menyampaikan ucapan kepada mereka sebelum mereka berbaiah. Kata Rasulullah Saw : Kamu berbaiah dengan aku bahawa kamu tidak akan mensyirikkan Allah dengan sesuatu. Hindun mencelah , wahai Rasulullah Saw kalaulah berhala berhala itu Tuhan pasti dia kan menolong kami. Mendengar suara itu Rasulullah Saw telah mengenalinya orangnya. Rasulullah Saw tanya, apakah ini Hindun? Sebelum mengaku Hindun terus mengucap dua kalimah syahadah terlebih dahulu. Jawab Hindun, aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau adalah Pesuruh Allah. Melihat pengakuan Hindun dan kebijaksanaannya itu Rasulullah Saw memaafkannya. Rasulullah Saw menyambung lagi, kamu semua berbaiah kepada aku bahawa kamu tidak akan berzina dan kamu tidak akan melakukan maksiat dengan tangan dan kaki kamu. Hindun bertanya Rasulullah Saw. Wahai Rasulullah Saw apakah permpuan yang merdeka berzina. Ketika itu lagi zina dikalangan Arab adalah satu perkara yang dibenci. Peremepuan permepuan Arab jahiliyah yang merdeka tidak melakukan zina. Yang berzina hanyalah hamba-hamba dan jariah. Hampir tidak ada kes zina dikalangan perempuan yang merdeka. Hindun merasa pelik kenapa Rasululah meminta mereka berbaiah diatas perkara yang mereka tidak lakukan. Rasulullah Saw hanya tersenyum dengan telatah Hindun itu. Apakah masyarakat kita hari ini lebih jahiliyah dari Arab Jahiliyah?
Kemudian Rasulullah Saw berpesan, bahawa jangan kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut miskin. Kata Hindun, wahai Rasulullah Saw, kami telah membesarkan mereka dari kecil dan kamu telah membunuh mereka bila mereka dewasa di Badar. Rasululah tersenyum lagi. Setiap kali Rasulullah Saw sampaikan satu perkara Hindun membuat ulasan. Dengan upacara itu Rasulullah Saw menerima baia'h dari kaum Ibu Quraish yang telah membuka hati mereka kepada Allah dan Rasulnya.
Selepas itu dibawa kepada Rasulullah Saw Abdullah bin Saad bin Abi Sarah. Saidina Osman bin Affan yang membawanya kepada Rasulullah Saw. Abdullah ini adalah anak saudara Saidina Osman. Dia minta pertolongan Saidina Osman namun kata Saidian Osman, darah kamu telah dihalalkan oleh Rasulullah Saw. Abdullah merayu, apa yang patut dia lakukan sekarang. Kata Saidina Osman, kamu kembali kepada Islam semula. Kata Abdullah, aku masuk Islam tapi apakah aku akan selamat. Saidina Osman meminta dia menutup mukanya. Jadi bila dia berjalan dengan Saidina Osman, tidak orang berani bertanya siapakah dia . Saidina Osman membawanya ke kemah Rasulullah Saw. Rasulullah Saw sedang duduk dengan para Sahabat. Dikalangan Sahabat yang duduk itu ada seorang Ansar yang telah bernazar untuk membunuh golongan sepuluh ini walaupun mereka bergantung dengan kelambu Ka’bah. Sahabat ini dari kalangan ahli keluarga yang telah dibunuh oleh Muqais bin Sobabah. Saidina Osman minta izin Rasulullah Saw dan memberitahu Rasululullah. Wahai Rasulullah Saw, bersama aku ada Abdullah bin Saad bin Abi Sarah, dia datang untuk masuk Islam dan berbaiah kepada Rasulullah Saw. Sedangkan Abdullah ini telah dihalalkan darahnya dan sekarang dia datang untuk masuk Islam demi menyelamatkan nyawanya.

Abdullah menyuakan tangannya untuk berbaiah dengan Rasulullah Saw. Namun Rasulullah Saw tidak menyuakan tangan baginda sebaliknya baginda hanya diam. Semua Sahabat cemas menunggu apa yang akan terjadi. Keadaan menjadi senyap kerana Rasulullah Saw tidak berkata apa-apa dan tidak menyuakan tangan baginda untuk menerima baiah Abdullah. Lelaki ini yang telah Islam dan Rasulullah telah memberi kepercayaan menjadi penulis wahyu tapi malang dia kemudian murtad bahkan telah membuat pembohongan terhadap Allah dan Rasulnya serta terhadap Al Quran. Dia telah mendakwa bahawa dia telah menokok tambah Al Quran. Kerana dosa-dosa besar ini Rasulullah Saw tak mahu menerima baiahnya. Namun Saidina Osman merayu kepada Rasulullah Saw lagi, wahai Rasulullah Saw terimalah baiah Islamnya. Abdullah menyuakan tangannya sekali lagi namun Rasulullah Saw tetap tidak menyuakan tangannya untuk kali kedua. Semua orang tidak berani bersuara, semuanya terdiam. Inilah kali pertama mereka melihat ada orang datang untuk masuk Islam tapi Rasulullah Saw tidak mahu menerimanya. Saidina Osman merayu lagi kepada Rasulullah Saw kali ketiga, wahai Rasulullah Saw terimalah bai'ah Islamnya. Dia mahu masuk Islam. Abdullah menyuakan tangannya lagi kali ketiga, Rasulullah Saw masih diam seketika. Setelah itu barulah Rasulullah Saw manyuakan tangan baginda dan Abdulah berbaiah sebagai seorang Islam kepada Rasulullah Saw. Dengan itu dia diberi keamanan dari dibunuh. Setelah dia keluar dari kemah Rasulullah Saw. Rasulullah Saw menoleh kepada semua yang ada dalam kemah. Kata Rasululah:

أليس فيكم رجل رشيد يراني لما قبضت يدي عن بيعته قام إليه فقتله
Apakah tidak ada dikalangan kamu seorang yang peka bial dia melihat aku tidak mahu memberikan tangan aku untuk menerima baiahnya lalu dia bangun dan membunuhnya.

Kemudian Rasulullah Saw berpaling kepada Sahabat Ansar yang telah bernazar itu. Kata Rasulullah Saw, demi Allah aku tidak mahu menerima baiahnya supaya kamu dapat menunaikan nazar kamu. Rasululullah mempersoalkan kenapa Sahabat ini tidak bangun membunuh Abdullah, setelah dia berada didepan matanya dan Rasulullah Saw enggan menerima baiahnya. Kata Sahabat ini. Wahai Rasulullah Saw aku tidak faham, demi Allah wahai Rasulullah Saw kalau Rasulullah Saw memberi isyarat kepada aku dengan mata Rasululah pasti aku bunuh dia. Sabda Rasulullah Saw,

لا, ما كان لنبي أن يقتل بخائنة الأعين
Tidak…..tidak sepatutnya seorang Nabi itu membunuh dengan isyarat matanya.

Para Nabi tidak akan memberi arahan bunuh dengan matanya kerana ini hal yang besar dan perlukan arahan yang jelas dan nyata. Dengan itu Abdullah bin Saad selamat dari hukuman mati.

Ikrimah bin Abu jahal ketika itu telah lari dari Mekah Dia bersembunyi di Jedah sambil mencari peluang untuk belayar dengan kapal dari Jedah demi menyelamatkan diri lebih jauh lagi. Sedangkan di Mekah, isteri Ikrimah sudah pun masuk Islam. Dia datang bertemu Rasulullah Saw dan bertanya kepada Rasulullah Saw. Wahai Rasulullah Saw, kalau aku bawa kepada kamu Ikrimah yang telah menerima Islam apakah kamu memberi keamanan kepadanya. Kata Rasulullah Saw, kalau Ikrimah datang dan masuk Islam aku berikan keamanan kepadanya. Kata isteri Ikrimah dengan penuh haru, kalau begitu Rasulullah Saw, aku akan bawa dia kesini. Kasih sayang dan kemaafan Rasulullah ini telah mendorongnya untuk memperjuangkan keislaman suaminya salah seorang tokoh muda Quraish itu. Lalu dia segera mengejar Ikrimah sampai ke Jedah. Bila dia sampai di Jedah, Ikrimah sudah naik ke kapal.dan kapal telah bertolak meninggalkan pelabuhan. Dengan kuasa Allah yang tidak bertepi itu demi rintihan seorang isteri yang terlalu inginkan hidayah dan keselamatan kepada suaminya, datang ribut taufan melanda kapal ini, semua penumpang rasa tak akan selamat lagi. Masing masing berdoa tapi semuanya menyeru nama Allah dalam doa mereka sedangkan semua mereka orang-orang kafir. Ikrimah dapat memerhati hal itu. Tak ada seorang pun dari kalangan mereka yang berdoa kepada berhala disaat-saat yang mencemaskan itu.

Begitulah fitrah manusia, bila mana sudah putus segala harapan yang ada hanya Allah. Segala yang lain telah hilang, hal ini sangat memberi kesan kepada hati Ikrimah. Kata Ikrimah, kalau begitu, Tuhan yang menyelamatkan manusia di lautan dia jugalah Tuhan yang menyelamatkan manusia di daratan. Dengan peristiwa itu Allah campakkan Islam kedalam hatinya. Bila taufan reda Ikrimah minta dihantar dia ke Jedah kembali. Biula dia sampai di Jedah dia mendapati isterinya sedang menunggunya. Siister membawa berita gembira kepadanya bahawa Rasulullah Saw memaafkannya kalau dia masuk Islam. Kata Ikrimah, Islam sudah pun masuk kedalam hati aku apatah lagi bila mendengar berita semua berhala telah pecah. Akhirnya Ikrimah datang kepada Rasulullah Saw dan masuk Islam. Rasulullah Saw sangat gembira dengan keislaman Ikrimah ini. Anak kepada Firaun umat Rasulullah Saw iaitu Abu Jahal, telah masuk Islam.

Melihat Rasulullah Saw telah memaafkan Ikrimah, isteri Sofwan bin Umayyah pula datang kepada Rasulullah Saw minta Rasulullah Saw memberi keamanan kepada Sofwan. Rasulullah Saw bersetuju kalau dia datang masuk Islam. Isterinya tanya lagi, kalau dia tidak masuk Islam bagaimana ya Rasulullah Saw. Sofwan ini keras orangnya, kalau dia tidak menerima Islam, apakah kamu memberi keamanan kepadanya. Kata Rasulullah Saw, aku beri keamanan kepadanya selama empat bulan. Rasulullah Saw memberi tempoh empat bulan untuk Sofwan mebuat pilihan. Untuk menjadikan Sofwan mempercayakannya Isteri Sofwan minta bukti dari Rasulullah Saw diatas jaminan itu. Rasululah memberikan serban Baginda kepada isteri Sofwan sebagai bukti jaminan itu dari Rasulullah Saw. Isterinya segera pergi mencari Sofwan dan bila bertemu Sofwan terus diberitahunya bahawa Rasulullah Saw telah memaafkan Sofwan kalau dia masuk Islam. Kalau dia tak masuk Islam sekarang Raasulullah beri keamanan selama empat bulan. Kata Sofwan, aku tak terima Islam tapi aku terima keamanan. Jadi Sofwan pulang ke Mekah dalam keadaan dia belum masuk Islam dengan keamanan yang Rasulullah Saw berikan padanya. Bahkan dia ikut serta dalam peperangan Hunain dipihak Rasulullah menentang Bani Hawazin sebelum dia masuk Islam. Namun selepas itu dia turut masuk Islam sebelum tamat tempuh empat bulan yang Rasulullah Saw berikan padanya. Dengan itu semua pemimpin Quraisy telah menerima Islam.

Selepas 19 hari berada di Mekah, Rasulullah Saw dan tentera Islam bergerak menuju Bani Hawazin. Bani Hawazin yang telah bersiap-sedia untuk menyerang Rasulullah Saw. Pertempuran dengan Hawazin ini dalam peperangan yang dinamakan perang Hunain yang akan kita ceritakan dalam bab seterusnya.





Kembali Ke Atas Go down
 
Rasulullah Saw masuk Mekah
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
subhannaallah wabihamdih :: khusus islam :: tempat khusus islam :: sejarah islam-
Navigasi: